Di sebalik tabir
"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"
Saturday, 1 June 2013
Salam Ukhwah
Salam.sekadar melihat blog rakan-rakan lama memperlihatkan dimana kematangan mereka yang telah dimamah usia. Menarik. Orang-orang yang rapat dan pernah rapat denganku. Moga hidup diberkati.
Friday, 2 November 2012
dreamstudio
Assalammualaikum.
syukur kerana aku masih lagi bernyawa dan moga dosa-dosaku terlebur di dunia ini. aku mempunyai impian besar, tetapi tidak mengharapkan ia menjadi terlalu besar. aku mengharapkan sesuatu keajaiban yang luar biasa tetapi tidak mengharapkan ia menjadi sesuatu yang diluar jangkaan. itulah aku, sentiasa tidak mengharapkan sesuatu perkara mahupun orang lain. aku cuba positif dan tidak melatah. Alhamdulillah. walaupun tidak seberapa tetapi usaha aku dan sahabat baik aku membina studio sendiri semakin cerah. aku dan sahabat baik sudah mula membina studio impian kami. bukan mengharapkan yang besar, tetapi kami berharap ia akan menjadi kebanggaan kami. sebuah filem pendek arahan daripada pelajar LimKokWing telah berjaya aku usaha kan hasil daripada team aku dan equipment studio kami.
aku mengharapkan rezeki Allah.amin.
Thursday, 5 July 2012
Aku maafkan kamu.
Bismillah. terasa kekok apabila sudah lama tidak membuat entri yang baru.
Masa berputar terlalu pantas sehingga kita terlupa apa yang tertinggal dibelakang, kita alpa pada setiap dosa yang telah kita lakukan, kesilapan yang pernah kita lakukan mungkin masih banyak lagi yang belum dimaafkan, mungkin sudah menjadi dendam kesumat mahupun sejarah yang tidak mahu diungkit semula. Aku mohon maaf kepada setiap insan yang telah aku sakiti hatinya. Ajal maut ditangan tuhan. Manatahu ada dikalangan kita mahupun aku sudah tercatit akan meninggalkan dunia yang penuh dengan muslihat dan agenda jahat. Cuba untuk memaafkan diri sendiri dan orang lain akan membuatkan diri kita tenang. Amin.
Friday, 4 May 2012
Alhamdulillah
Aku tiada masa lagi berfoya-foya. Dunia seni adalah hidupku. Syukur aku masih dapat berada di dalam industri yang aku impikan. Semoga impian aku menjadi kenyataan.
Thursday, 22 March 2012
TRUE or FALSE
Kita sentiasa mahu menjadi orang yang benar,
kita sentiasa mahu manusia di sekeliling kita merasakan diri kita benar,
kadang-kala kita mahu kebenaran itu sentiasa berpihak pada diri kita,
kadang-kala kita takut dan tidak mahu mengalah pada kebenaran yang kita sahaja merasakannya,
hanya tuhan sahaja yang tahu kebenaran itu.
kita semua tidak boleh menghukum pada kebenaran yang tidak pasti melainkan ianya sudah jelas,
pastinya kesilapan menghukum kebenaran yang palsu itu adalah satu kesilapan yang sangat
mengecewakan.
mengecewakan.
pada kau yang mencari kesempurnaan. sedarlah dan rasalah melalui hati bukan dari perasaaan dendam dan hasad dengki.
Tuesday, 20 March 2012
EGO
setiap manusia pasti mempunyai ego tersendiri,
tidak terkecuali aku,
egoku bukanlah dikawal oleh diriku tetapi aku sendiri yang mengawal keegoanku.
seringkali aku menepikan keegoanku demi sesuatu perkara yang aku pentingkan,
pedih,
apabila ianya tidak dihargai dan dianggap remeh.mungkin belum cukup mengenal nilai yang ada pada diri sendiri.
pastinya hidup ada turun naik. tidak mungkin kita betul selamanya dan tidak mungkin kita salah selamanya,
tidak perlu merasa diri sentiasa berada dilandasan yang benar,
kita hanyalah sebahagian daripada tanah-tanah.
Subscribe to:
Posts (Atom)








