"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Tuesday, 13 December 2011

dah lama dah

dah lama dah tak singgah disini. semenjak aku dah jadi sebahagian warga MIG aku semakin sibuk dengan kerja aku dan lebih-lebih lagi pengajian aku di uitm dah bermula hampir 3minggu. ini membuatkan aku lebih sibuk sehingga tidak ada masa untuk besuka ria. Alhamdullilah. aku bersyukur pada tuhan kerana melimpahkan rezeki pada aku. sekarang aku berjaya mara setapak kehadapan lagi di dalam industri yang aku impikan. aku sudah bekerja dengan MIG sebagai cameraman the making of. Antara filem yang telah aku buat ialah filem Aji Noh Motor arahan Ajiboy seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan sangat cool di set dan juga di luar set. Filem kedua pula filem Laki-Laki arahan abg Olynn khadri. Sekarang aku tengah menyiapkan pula filem ketiga yang masih lagi dalam penggambaran iaitu filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab. Bekerja dengan orang-orang berpengalaman sangat membantu aku dan banyak ilmu yang telah aku pelajari. aku harap impian aku menjadi seorang director of photography tercapai. Amin,

Friday, 21 October 2011

happiness

Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present.

Friday, 14 October 2011

akal pemikiran manusia melebihi alien

Manusia zaman kini semakin bijak pandai dan genius dalam setiap penciptaan mereka. lihat sahaja dengan internet, pelbagai gajet telah dihasilkan bermula dengan komputer sebesar televisyen, kini boleh diaplikasikan dalam handphone dan juga tablet-tablet yang sudah berlambak dipasaran. Tetapi manusia tidak sedar, semakin mereka pandai semakin mereka membodohkan diri mereka dengan ciptaan mereka sendiri sehingga boleh menghancurkan hidup. Pemikiran manusia zaman ini cukup berbeza dari zaman dahulu, mereka berfikir sehingga menjangkaui pemikiran sebagai seorang manusia. Ini tidak masuk lagi dalam soal politik. Hidup manusia kini berubah dengan begitu pantas. Nilai-nilai kemanusiaan tidak lagi dipraktikan oleh manusia. Tiada apa lagi yang boleh diselamatkan. Menunggu kedatangan alien untuk diserang. haha. :)

Thursday, 13 October 2011

KFC BARU TOM YAM TAK SEDAP!

puii!.indah kabar dari rupa. rupanya cantik nampak rangup,sedap dan garing. sekali pandang menghairahkan. tapi. bila makan, adoi, macam makan serbuk tom yam je, tah ape yang specialnya. baik mkn ayam goreng McD :P lagi pedas, makan dalam aircond pun boleh berpeluh taw, hee :P anyway 3/10 aku bagi sebab boleh kenyang jugak la. and sebab orang belanja :P thank you Aunty Whull :P Lepas ni tak nak beli lagi. nak makan ayam goreng McD je! HAHA!

Sunday, 9 October 2011

asal dari kampung

salam melayu. haha. gua bukan asal dari kampung. mak bapak gua yang asal dari kampung. gua lahir kat hospital daerah batu gajah. Perak yob. haha. tetiba jer gua paling pelik. sebab apa. sebab gua sorg jer yang lahir kat perak. 5orang adik beradik gua yang lain semua lahir kat n.sembilan. gua jer dikategorikan kes-kes khas sebab bapak gua tak sempat bawak mak gua balik n.sembilan. masa tu bapak gua komando laut kat kem TLDM Lumut. kini gua dah membesar. tapi tak lah besar sangat. patut-patut umur gua yang dah masuk 20'an ni saiz seluar mestilah 30 ke atas kan. tapi masih lagi maintain 29 beb. gua tak la makan just meet rozmey tu. haha. tapi memang gua slim and small. hahaha. tapi hati gua ni masih lagi ada sedikit kekampungan. sebab tu gua ada terasa gua ni macam asal dari kampung. bila gua balik kampung secara automatik gua akan bertukar pilihan bahasa gua jadi bahasa nogori. hehe. macam mano tu. bilo bocakap tontang nogori. apo yang sey suko adolah bab-bab adat ni. sobab eh adat nogori memang unik dan borsoni. biar mati anak,jangan mati adat. errr. haha. gua tak boleh nak berlagak jadi orang bandar. dalam fesbuk boleh la kot tipu sikit sikit.haha. tapi cuba jumpa depan-depan. kadang gua ni macam budak kampung jugak. tak lah berapa ke kuala lumpur an' sangat. haha. sekian merepek ni. apa-apapun gua ni Biase Je.

Tuesday, 4 October 2011

kenapa dengan kau makhluk?

kenapa menipu aku? kenapa kau ada perasaan begini? kenapa bibirmu begitu manis umpama menanam tebu di tepi bibir? aku tidak menyangka sifatmu begitu sekali. kau memang tidak punyai hati dan perasaan. kau tidak ada akal. kau tidak waras sehingga menghukum aku sebegini rupa. apa dosaku sehingga aku diperlakukan sebegini. bukan ini yang aku pinta. Tuhan tolong sedarkan aku. aku mahu mencari sebuah kehidupan yang abadi. aku tidak mahu hidup didalam kepura-puraan. cukuplah.pada yang satu. hanya pada-Mu.



p/s: kau tertekan ke sampai delete?

Sunday, 2 October 2011

salam

Dah berhari tak menyinggah di sini. pada stalker-stalker sekalian diharap entri baru ni peneman rindu anda. kah3. macam la ade fan pulak. semenjak dua menjak bercuti semester ni aku boleh dikatakan ade sahaja program. malam tadi aku pergi melaka international motorsport circuit ( MIMC ). jiran baik aku hantar jenteranya berlumba disana. memang hebat. walaupun modified dengan tangan sendiri, jiran aku tu boleh bersaing dengan jentera-jentera hebat dari pasukan yang ada sponsor. sampai separuh akhir la katakan. tak pa. minggu depan kita test dekat putrajaya pulak. hehe. mesti menanglah. okay. cuti sem ni aku tak tahu nak kerja apa lagi. dah la job jadi propman untuk filem mig aku lepaskan. tak de rezeki kot. tak pe lah. aku rindu orang-orang tersayang aku. hmm macam kering idea pulak :) bye.




p/s: dia semakin bahagia. alhamdulillah.

Monday, 26 September 2011

jagalah tuturmu wahai kaum hawa.

wahai kaum hawa. jagalah pertuturanmu. kerana disatu masa nanti kamu akan menyesal dengan apa yang kamu perkatakan. janganlah kamu mengaibkan seseorang walaupun kamu berdendam dengan mereka. janganlah menampakkan kamu begitu jahil dan tidak mempunyai budi pekerti. jagalah maruhamu sebagai seorang wanita. kerana mengaibkan seseorang itu ibarat kamu mengambil maruah seseorang dan dosa bakal kamu perolehi.

"aku tidak mahu berdendam dengan sesiapapun aku mahu mereka tahu aku masih ada maruah dan aku tidak senang melihat orang mentertawakan aku dan memandang rendah aku kerana aku tidak pernah menganggu hidup semua orang.kalau pun ada aku mohon maaf dan tolong hormat aku jika kamu seAgama denganku."

Sunday, 25 September 2011

mungkin bukan kau yang dapat balasannya

mungkin kali ini bukan salah kau. tapi salah orang lain. mungkin kali ini bukan masa kau, tapi masa orang lain, mungkin hari ini hari kau gembira, tapi bukan orang lain, mungkin hari ini kau cakap lain, tapi bukan dengan orang lain, mungkin kau buat silap dengan orang lain, tapi kau sendiri dapat balasannya. mungkin sebab banyak kemungkinan boleh jadi sebuah kemungkinan :)

Saturday, 24 September 2011

terima lah aku

terimalah aku kerana keikhlasan aku. terimalah aku kerana kejujuran aku, terimalah aku kerana kesederhanaan aku, terimalah aku kerana aku bersungguh-sungguh denganmu, terimalah aku walaupun aku bukan dari golongan berada, terimalah aku walaupun aku bukan sekacak Nabi Sulaiman, terimalah aku walaupun aku banyak kekurangan kerana aku bukan ciptaan Allah yang paling sempurna di muka bumi ini. Aku cuma harapkan kepercayaanmu. Janganlah kau pandang salahku yang dulu, kerana tidak selamanya salah itu, dan tidak mungkin akan menjadi kali kedua.

Friday, 23 September 2011

jangan melatah kak limah oi.

hihihi. hari ini gembira lagi. hari-hari gembira yang aku cuba ciptakan sebagai seorang bujang. haha. walaupun hidup ini palat kan. tapi biasalah. tiada siapa mampu menggembirakan hati kita melainkan yang di-Atas. orang mulia tidak akan mengaku dia mulia. even orang jahat pun tidak akan mengaku dia jahat, haha. aku agak-agak separuh la  sebab apa? sebab aku akan mengaku kesalahan aku dan cuba berubah. tidak selamanya di takuk lama. aku tidak mahu menyesal. walaupun selama ini aku selalu menyesal dengan pilihan aku. erk. lari topik ni. haha!
Berbalik pada melatah ini, aku cukup senang melihat orang melatah ini. hihi suka! <3  sebab aku suka lihat gelagat mereka. ada yang berjoget, terpekik, melolong, dan juga meroyan. haha! tapi bukanlah niat aku untuk mentertawakan mereka, cuma aku gembira melihat telatah mereka. berbeza dengan orang normal. melatah mereka lebih ummphh! haha! nak tahu kenapa. sebab mereka lagi separa normal. haha! aku dah lama lihat perkembangan orang melatah ni. cuma dah lama tak buat kajian. haha! nanti aku cuba research, mana tahu ada isi yang ilmiah sikit dari menulis yang kurang ilmiah dan celupar. haha! chiow

TANDA TANYA

Ada orang bertudung tetapi lalai.Ada orang bertudung tetapi tidak menjaga adab dan percakapan. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang mudah sahaja menyentuh dan disentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Apabila wanita bertudung melakukan kesalahan, itu bukanlah satu alasan untuk kita menilai mereka dengan nilaian negatif...wanita bertudung itu juga MANUSIA...mereka tidak akan lepas dari melakukan silap dan salah..sebagai contoh, terdapat seorang wanita yang gemar mengumpat...nah, itu kekurangannya! tapi kelebihannya, dia memakai tudung! terdapat pula seorang yang sangat menjaga pertuturannya...lihat, itu lebihnya dia...tapi kurangnya dia kerana tidak bertudung...masing2 ada cacat dan ada cantiknya...Jangan pula bila orang bertudung menilai wanita tak bertudung dengan nilaian yang negatif juga...kerana di sebalik kekurangannya terdapat seribu kelebihan yang kita tidak miliki...mungkin juga satu masa nanti Allah kurniakan hidayah kepadanya...jadi, jgn asyik menilai orang...ayuh nilai hubungan kita dgn Allah...adakah telah memenuhi ciri2 hamba yang taat akan perintahNya..Janganlah kita mudah melatah dan melulu.. Aku sentiasa mahu positif :) Amin,

h.a.p.p.y

aku gembira kawan-kawanku sudah mencapai tahap kebahagiaan hakiki. masing-masing tersenyum riang dan di wall facebook ada sahaja status-status yang meriangkan. mungkin sebelum ini dikau terpesong kerana berkawan dengan orang yang tidak mampu memberi kepuasan dan kenikmatan hidup. atau mungkin juga dikau menggunakan kesempatan itu sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain dan apabila kau merasa puas dan bosan maka dikau cuba pula mencari kepuasan hakiki yang tidak pasti adakah itu yang sebenarnya tuhan mahu berikan walaupun sudah berkali-kali atau tuhan sahaja mahu menduga dikau wahai manusia, aku senang dengan kejadian di dunia ini. walhal aku juga sendiri tidak puas hati dengan kitaran hidup ini. tapi aku sedar akan sebab yang berlaku kerana kesudahannya kita semua pasti berjumpa di satu padang yang paling hebat dimana kita semua akan membawa apa yang telah kita lakukan semasa hidup. persoalan yang bermain diminda acapkali membutuhkan fikiran aku. banyak soalan dan tanda tanya yang aku sendiri tidak mampu selesaikan dan tafsirkan. aku banyak membuatkan kesilapan. tetapi apabila aku cuba untuk membetulkkan kesilapan lalu, ada sahaja yang menggagalkannya. aku akan cuba memperbaiki diri walaupun memang cukup sukar. mulut manusia tidak pernah lekang dari berkata-kata.aku akan memaafkan mereka. amin.

Wednesday, 21 September 2011

si penipu yang bijak

haha. hebat. memang hebat. hebat lebih hebat dari jangkaan gua. gua salute lu. gua tak pernah terfikir sejauh ini lu boleh lakukan. 2-3kali gua berdengus. macam tak percaya. haha . cis. bedebah. mati-mati gua ditipu oleh sindiket penipuan yang selama ini gua percaya dan setia. tapi lu belot. tak mengapa. gua tak perlu mengotorkan tangan gua dengan membalas semula. biar di-Atas sana yang memberi hadiah kat lu der. haha. trimas. trimas. trimas. gua suka dengan pengalaman kali ini. lebih mencabar, extreme and most important sangat-sangat macam cilake! kui kui kui. gua sekarang dah hidup baru. ala-ala lone ranger. tenkiew kawan-kawan yang banyak bagi gua pedoman. gua dah risau takut menyimpang.  sekarang rezeki gua bercambah-cambah. dari job shoot kecil kecilan. sekarang gua dah dapat dua job untuk filem. kah3. rezeki dari tuhan. hari tu gua buat dengan KRU Studios. sbtu ni pulak gua buat dengan MIG pulak. tapi gua macam malas. pulak. nak berehat dulu. nak main-main dengan anak buah. jalan-jalan kat chow kit tengok barang bundle. then baru balik seremban and focus nak kerja untuk dua bulan. tengoklah macam mana. aku tinggal 3paper lagi sebelum chow dari kawasan hitam ini. adios. aku sayang budak comel aku. adik memang cool :)

Tuesday, 20 September 2011

tiada lagi

aku akan bangun semula. setelah beberapa hari tersungkur. sudah 3hari tidak menjenguk blog ni. bukan sengaja, tetapi yang di-Atas sana mahu aku buat sesuatu dari jadi mayat hidup. Dia telah beri aku satu pengalaman baru yang selama ini aku impikan. Aku telah pergi mengikuti penggambaran filem terbaru kru studios yang diarahkan oleh Edry Abd Halim. Tajuk filem ini ialah '29 Februari'. malam sebelumnya aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan mengatakan mahu menggantikan tempat dia sebagai clapper. mesej nya cuma mengatakan shot film under kru studios. so aku beranikan diri sahaja pergi. Pagi2 subuh lagi aku sudah pergi ke pusat penyelidikan getah di sungai buloh. alangkah terperanjatnya aku bila melihat set disana. rupa-rupanya penggambaran filem. gilaaa. aku gabra. yelah tak pernah lagi kot join shooting serius macam ni. banyak jugak rokok aku habiskan disana sebab banyak nyamuk. haha. so its was great experience! aku dapat lihat bagaimana penggambaran filem sebenar. memang cukup memenatkan. walaupun sebagai clapper. aku terpaksa berlari ke dop dan juga assistant director untuk mendapatkan maklumat scene dan juga shot yang akan di roll. aku mengambil kesempatan dengan melihat semua kerja-kerja si setiap department. semuanya amat mengujakan aku. pertama kali melihat lighting Arri 60. besar nak mampus beb. aku dapat belajar dari brader2 gaffer yang mengajar aku bagaimana untuk menggunakan lighting dengan betul. selama ini aku cuma didedahkan dengan basic. kini aku tahu bagaimana caranya. mereka gunakan cutter yang banyak. then kamera yang mereka gunakan REDCAM. perggh! first time tengok depan mata. aku dapat lihat bagaimana mereka gunakan nd filter. memang mengancam! hasilnya cukup2 superb!.selepas di kebun getah aku bergerak ke base dimana shot blue screen akan dibuat. memang kreatif kru ni. selepas habis makan then terus bergerak ke pj. scene rumah. disanalah aku dapat belajar teknik lighting yang amat berguna untuk aku.habis penggmabaran kira-kira pukul 11.30malam. seharian di set. aku pecut kereta aku ngam-ngam sampai kolej pukul 12 tgh malam. tidur dan ready untuk esok!. cis! aku bangun lewat. call time pukul 9.00 di methodist girl school kl. aku mandi cepat2 then pecut lagi kereta aku. mujur hari ahad. jalan federal tak jem. hasilnya. 20minit aku sampai kl. power tak! haha. nasib baik aku tahu jalan kesana. ada sign board kru studios. sampai2 semua sudah ready. nasib baik aku sempat. then start camera speed!, scene 32g shot 1 take 1!, rolling!, action! sampai ke malam juga aku di set sana. cukup memenatkan. artis yang ada di sana ialah remy ishak yang sombong.tapi nasib baik dia bawak awek dia yang cute tu. 'tiz zakiah' hehe. cun giler! then mr chua. cina yang pandai cakap kedah tu.dan beberapa lagi. thanx krew2 kru studios yang banyak maki aku. tapi makian yang berguna untuk pengajaran aku. :)


p/s: aku akan cuba positif even im still miss you :(

Friday, 16 September 2011

aku tak akan berputus asa.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Thursday, 15 September 2011

aku mahu gengam sampai mati :(

Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri.

Wednesday, 14 September 2011

aku bersyukur :(

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



p/s; i love you atiqah.maafkan semua salah silap sy :(

now i know who is more important

p/s; video ni sama didalam mimpi aku. semua orang pernah rasa begini kan?
 
Everyone has a different meaning for the word love... for me, the love for my family is the most important thing in my life. No it's not, the most important thing in life is food and beverage because with out that you wouldn't even have a life you would be dead.. :)

pelembut hati -__-

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"


"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"


"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"


"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate


"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"


"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"


"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"


"Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"


''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''




p/s:tenangkan hatimu :) 

Monday, 12 September 2011

pentingkan diri sendiri.

aku sedar kelemahan aku. walau aku sibuk mana pun. aku tetap akan pentingkan orang lain. walaupun orang tak kenal. tapi kenapa tiada siapa pun mahu pentingkan aku walaupun sesaat. aku rasa seperti aku memperbodohkan diri aku. aku nak cuba berubah. aku mahu pentingkan diri aku. aku tak nak pentingkan orang lain lagi. siapa lagi mahu pujuk diri aku kalau bukan aku sendiri. hidup memang begini, tiada siapa mampu memahami kita, tiada siapa yang akan bersungguh sungguh untuk kita., hanya kita sahaja akan bersungguh sungguh untuk diri kita sendiri, mungkin karma hidup. dunia akhir zaman semakin hampir. sedarkan aku ya Tuhan.

Sunday, 11 September 2011

permulaan kami :)


aku tak tahu nak cerita lagi.mungkin esok lusa aku cerita sepenuhnya. apa-apa pun.aku bahagia hari ini. tq sayang <3.i will never forget this <3

Saturday, 10 September 2011

stalker?

umat zaman sekarang ni suka sangat stalk kan. semua nak amik taw. semua nk sibuk jaga tepi kain orang. better pergi beli kain then hadiahkan kat mak korang lagi mulia dan dapat jadi anak solehah. aku suka stalk orang yang penting dalam hidup aku je. opps! haha. sebab tu si-dia terkejut bila aku agak tahu banyak perkara tentang dia. :) bukannya apa. aku nak dia tahu aku mahu kenal dia dengan lebih serius. bukan hanya tahu dengan bertanya soalan padanya, tapi aku nak berusaha tahu sendiri tentang hidup dia, walaupun hal sekecik mana pun. i love you honey. <3



p/s: sedang bersama bidadariku di mcd kota dmsara <3 

Friday, 9 September 2011

aku orang nomad

aku sekarang berada di satu peringkat kehidupan lagi. kehidupan di puncak sungguh mengagumkan. tidak pernah terjangkau di laman minda aku ni. ceh. laman facebook sahaja menjadi pedoman untuk mengupdate status-status tak berilmiah ni.aku sekarang cuba menyelami kehidupan orang nomad. bukannye homeless or melayunya gelandangan ok. aku masih mempunyai rumah.ha3. sudah hampir seminggu aku tidak pulang ke rumah.aku ke sana. ke sini. mencari ketenangan. bimbang rasanya perubahan diri aku ni. tapi. aku ni cool je pulak. tanggungjawab masih banyak belum selesai. misi aku sem ni dah tersasar pulak. lain mintak lain dapat. lain buat lain jadi. raya tahun ini agak sad ending. sorang-sorang je. tapi dah biasa pulak. ceh. mungkin dah ada buah hati tu yang rase loneliness je bila tak kena layan.kahkahkah. hari ini nak melepak dengan buah hati di ptar. aku nak juga menjenguk bengkel editing. tapi macam segan sebab aku tak diwajibkan. tapi aku minat. haish. nanti redah sekejap. boiboi.

Wednesday, 7 September 2011

terkangkang mata pulak

masuk hari ke-4 tak tidur. hebat lebih hebat. orang melayu lah katakan. orang malaysia je suka tak tidur malam. merewang rewang di mcd mamak dan tempat-tempat aneh lagi. macam mana malaysia tak maju kan. orang makan 24jam, kah3. tapi aku diet kot. ikat poket bukan perut. jiahaha. lagi beberapa jam aku kena bersiap ala smart casual ke  media prima untuk slot Malaysia Hari Ini. haha. mcm best. tapi aku ni supir  je.haha! malam ini ( dah pagi pun ) aku advance sket. lepak kat McD. tapi tanpa si-Dia lagi. ni yang nak sedih ni. Dah la dapat jumpa sekejap je siang tadi. takpelah. lagi beberapa ribu saat lagi aku dapat jumpa dia :) Dia pun jadi supir jugak. memang sepadan. haha! Target hari ini pergi surau Tv3 then tidur. sebab aku pernah pergi surau situ. agak clear jugak.haha! Assigment masih tertunggak.. Masih tercari-cari momentum untuk memulakan kerja. sekian, Harap-harap menang la PSA hari ini. Boleh isi minyak kereta bawak bidadari aku pergi Port Dickson :) adios.



p/s: semua tengah rajin buat kerja.aku pun rajin jugak.update entri dipagi hari :P

Tuesday, 6 September 2011

sengkang mata

mata nak rabak. jam dah pukul 5.45 pagi. slide masih terbengkalai. mana keajaiban nie. aku kurang pasti betul ke tidak apa aku dah buat, sambil dengar lagu selamat datang sayang dendangan hattan. hari ni dah masuk 3hari aku tidur merempat. rumah aku di resak  cuma tempat persalinan aku je sekarang. nak tidur takut overshot sampai tengah hari. haahh, puii. dalam kesedihan plus kestressan aku hari ni. ( sampai update 3entri ) ade jugak perkara-perkara yang menceriakan hati aku yang dah luluh ni. PSA Surat Cinta yang sangat hensem pembikinannya layak ke top5 untuk diumumkan di MHI TV3. kembang kempis aku nak bagitahu orang kampung nanti ni. yelah lagi beberapa jam aku nak memandu kereta ke media prima kat bandar utama tu.hee.oklah. Azan subuh dah start. stop dulu.chowsingsing. :)

Monday, 5 September 2011

Normal koT.

Aku biasa seperti orang lain. Tetapi hari ini aku lebih rajin dan luar biasa dari orang lain di kampus ini. Orang lain sibuk dengan test dan assingment, aku boleh lagi sempat untuk menekan papan kekunci di ptar. Memang luar dari jangkaan aku atau matlamat sebenar aku untuk masuk ke ptar hari ini. Semalam pun aku ke sini tetapi hanya sebentar bersama si-Dia. Atas tanggungjawab sebagai ahli kumpulan aku terpaksa meninggalkan dia seorang di ptar ( walaupun dengan hati yang amat berat ) dan memecut laju dengan kereta sport rim japan merah aku ke studio bapak aku di kelana jaya. celaka! Mungkin hari ini aku agak stress kerana orang tersayang aku tiada di sini. Sebelum meneruskan kata-kata yang kurang ilmiah ini, aku ingin menjelaskan ini adalah blog terbaru aku. Jeles aku tengok blog aweks aku. Aku pun terpanggil untuk kembali dalam persatuan kaki blog ni. Walaupun sebelum ni just social blogwalking. Blog lama aku sudah lama tersadai dan mereput dan tak mungkin aku dapat membaikinya semula. kah3. Sekian. aku dah dapat feel nak sambung assignment ETR300. adios.  


p/s: petang ni kalau ade masa tercuri, aku rasa gatal tangan nk tulis lg.

risau,risau,risau -___-

Semalam aku risaukan dia. Hari ini pun aku masih risaukan dia. Tuhan, tolong permudahkan perjalananya.
Aku tak sanggup lihat dia dalam kesusahan. Aku lebih rela susah demi dia. Sungguh aku sayangkan dia..

Saturday, 3 September 2011

SIBUK

SIBUK,SIBUK,SIBUK,BUSY,BUSY,BUSY.
I want it too.kbye.

Wednesday, 24 August 2011

New Life With You Girl

Oh Yeah. Dengan Bismilahh . Terima Kasih Malaysia,Terima Kasih Cinta kerana aku masih mampu lagi untuk merasai nikmat hidup di tanah melayu ini bersama seorang bidadari yang telah membuat aku terasa diri ini sungguh berharga. Thank you SAYANG sebab memahami saya. <3