"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"
Friday, 14 October 2011
akal pemikiran manusia melebihi alien
Manusia zaman kini semakin bijak pandai dan genius dalam setiap penciptaan mereka. lihat sahaja dengan internet, pelbagai gajet telah dihasilkan bermula dengan komputer sebesar televisyen, kini boleh diaplikasikan dalam handphone dan juga tablet-tablet yang sudah berlambak dipasaran. Tetapi manusia tidak sedar, semakin mereka pandai semakin mereka membodohkan diri mereka dengan ciptaan mereka sendiri sehingga boleh menghancurkan hidup. Pemikiran manusia zaman ini cukup berbeza dari zaman dahulu, mereka berfikir sehingga menjangkaui pemikiran sebagai seorang manusia. Ini tidak masuk lagi dalam soal politik. Hidup manusia kini berubah dengan begitu pantas. Nilai-nilai kemanusiaan tidak lagi dipraktikan oleh manusia. Tiada apa lagi yang boleh diselamatkan. Menunggu kedatangan alien untuk diserang. haha. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment