"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Friday, 2 November 2012

dreamstudio

Assalammualaikum.
 syukur kerana aku masih lagi bernyawa dan moga dosa-dosaku terlebur di dunia ini. aku mempunyai impian besar, tetapi tidak mengharapkan ia menjadi terlalu besar. aku mengharapkan sesuatu keajaiban yang luar biasa tetapi tidak mengharapkan ia menjadi sesuatu yang diluar jangkaan. itulah aku, sentiasa tidak mengharapkan sesuatu perkara mahupun orang lain. aku cuba positif dan tidak melatah. Alhamdulillah. walaupun tidak seberapa tetapi usaha aku dan sahabat baik aku membina studio sendiri semakin cerah. aku dan sahabat baik sudah mula membina studio impian kami. bukan mengharapkan yang besar, tetapi kami berharap ia akan menjadi kebanggaan kami. sebuah filem pendek arahan daripada pelajar LimKokWing telah berjaya aku usaha kan hasil daripada team aku dan equipment studio kami. 
aku mengharapkan rezeki Allah.amin.

Thursday, 5 July 2012

Aku maafkan kamu.

Bismillah. terasa kekok apabila sudah lama tidak membuat entri yang baru. Masa berputar terlalu pantas sehingga kita terlupa apa yang tertinggal dibelakang, kita alpa pada setiap dosa yang telah kita lakukan, kesilapan yang pernah kita lakukan mungkin masih banyak lagi yang belum dimaafkan, mungkin sudah menjadi dendam kesumat mahupun sejarah yang tidak mahu diungkit semula. Aku mohon maaf kepada setiap insan yang telah aku sakiti hatinya. Ajal maut ditangan tuhan. Manatahu ada dikalangan kita mahupun aku sudah tercatit akan meninggalkan dunia yang penuh dengan muslihat dan agenda jahat. Cuba untuk memaafkan diri sendiri dan orang lain akan membuatkan diri kita tenang. Amin.

Friday, 4 May 2012

Alhamdulillah

Aku tiada masa lagi berfoya-foya. Dunia seni adalah hidupku. Syukur aku masih dapat berada di dalam industri yang aku impikan. Semoga impian aku menjadi kenyataan.

Thursday, 22 March 2012

TRUE or FALSE


Kita sentiasa mahu menjadi orang yang benar,
kita sentiasa mahu manusia di sekeliling kita merasakan diri kita benar,
kadang-kala kita mahu kebenaran itu sentiasa berpihak pada diri kita,
kadang-kala kita takut dan tidak mahu mengalah pada kebenaran yang kita sahaja merasakannya,

seharusnya kita harus percaya kebenaran itu bukanlah milik kita,
hanya tuhan sahaja yang tahu kebenaran itu.
kita semua tidak boleh menghukum pada kebenaran yang tidak pasti melainkan ianya sudah jelas,
 pastinya kesilapan menghukum kebenaran yang palsu itu adalah satu kesilapan yang sangat
  mengecewakan.

pada kau yang mencari kesempurnaan. sedarlah dan rasalah melalui hati bukan dari perasaaan dendam dan hasad dengki.

Tuesday, 20 March 2012

Think


EGO


setiap manusia pasti mempunyai ego tersendiri,
tidak terkecuali aku,
egoku bukanlah dikawal oleh diriku tetapi aku sendiri yang mengawal keegoanku.
seringkali aku menepikan keegoanku demi sesuatu perkara yang aku pentingkan,
pedih,
apabila ianya tidak dihargai dan dianggap remeh.mungkin belum cukup mengenal nilai yang ada pada diri sendiri.
pastinya hidup ada turun naik. tidak mungkin kita betul selamanya dan tidak mungkin kita salah selamanya,
tidak perlu merasa diri sentiasa berada dilandasan yang benar,
kita hanyalah sebahagian daripada tanah-tanah.



Sunday, 18 March 2012

Konflik Jiwa


aku memahami apa itu kehidupan dan aku juga mengerti bagaimana untuk melalui liku-liku kehidupan dengan cara hidup aku sendiri. konflik yang melanda diriku bukan lagi satu masalah bagi diriku tetapi ia sudah sebati dengan jiwaku. manusia yang berada di sekelilingku tidak lagi aku persalahkan didalam konflik jiwaku kerana semua itu terjadi daripada aku sendiri. jangan pernah sekali kita rasa kita adalah yang terbaik dan kita betul dalam setiap perkara. setiap yang berlaku ada sebabnya dan setiap masalah yang terjadi pasti ada jalannya. tiada masalah yang tiada penawar. ;)


Saturday, 17 March 2012

Cubaan

 
mencuba menjadi yang terbaik adalah sesuatu yang tidak sia-sia. menidakkan keupayaannya pula adalah sia=sia. 
siapa engkau yang mahu menidakkan keupayaaanmu?
sedarkah engkau bagaimana sifatmu pula? 
layakkah engkau untuk mendapat yang terbaik?

#semua bergantung pada diri sendiri, kenal pasti nilai yang ada pada diri dan yakin engkau di jalan yang benar.

Friday, 16 March 2012

DENdam

 
kalau jiwa sudah ada sifat dendam jangan disangkal kemampuannya,
walaupun hati terlalu lembut jangan dilupa bagaimana jika kerasnnya pula,
tiada karma melainkan hanya di-Atas sahaja yang menentukan.

Thursday, 15 March 2012

Pilihan

Manusia mempunyai pilihan didalam dunia mereka sendiri,
tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada membuat pilihan,
tetapi hanya tuhan sahaja yang akan menentukan pilihan setiap manusia tersebut.
 
#pilihan aku adalah melalui hati, bukan kerana nafsu dan bukan juga kerana perasaaan.hormati pilihan aku dan hargai pilihan aku.