"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"
Friday, 21 October 2011
happiness
Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present.
Friday, 14 October 2011
akal pemikiran manusia melebihi alien
Manusia zaman kini semakin bijak pandai dan genius dalam setiap penciptaan mereka. lihat sahaja dengan internet, pelbagai gajet telah dihasilkan bermula dengan komputer sebesar televisyen, kini boleh diaplikasikan dalam handphone dan juga tablet-tablet yang sudah berlambak dipasaran. Tetapi manusia tidak sedar, semakin mereka pandai semakin mereka membodohkan diri mereka dengan ciptaan mereka sendiri sehingga boleh menghancurkan hidup. Pemikiran manusia zaman ini cukup berbeza dari zaman dahulu, mereka berfikir sehingga menjangkaui pemikiran sebagai seorang manusia. Ini tidak masuk lagi dalam soal politik. Hidup manusia kini berubah dengan begitu pantas. Nilai-nilai kemanusiaan tidak lagi dipraktikan oleh manusia. Tiada apa lagi yang boleh diselamatkan. Menunggu kedatangan alien untuk diserang. haha. :)
Thursday, 13 October 2011
KFC BARU TOM YAM TAK SEDAP!
puii!.indah kabar dari rupa. rupanya cantik nampak rangup,sedap dan garing. sekali pandang menghairahkan. tapi. bila makan, adoi, macam makan serbuk tom yam je, tah ape yang specialnya. baik mkn ayam goreng McD :P lagi pedas, makan dalam aircond pun boleh berpeluh taw, hee :P anyway 3/10 aku bagi sebab boleh kenyang jugak la. and sebab orang belanja :P thank you Aunty Whull :P Lepas ni tak nak beli lagi. nak makan ayam goreng McD je! HAHA!
Sunday, 9 October 2011
asal dari kampung
salam melayu. haha. gua bukan asal dari kampung. mak bapak gua yang asal dari kampung. gua lahir kat hospital daerah batu gajah. Perak yob. haha. tetiba jer gua paling pelik. sebab apa. sebab gua sorg jer yang lahir kat perak. 5orang adik beradik gua yang lain semua lahir kat n.sembilan. gua jer dikategorikan kes-kes khas sebab bapak gua tak sempat bawak mak gua balik n.sembilan. masa tu bapak gua komando laut kat kem TLDM Lumut. kini gua dah membesar. tapi tak lah besar sangat. patut-patut umur gua yang dah masuk 20'an ni saiz seluar mestilah 30 ke atas kan. tapi masih lagi maintain 29 beb. gua tak la makan just meet rozmey tu. haha. tapi memang gua slim and small. hahaha. tapi hati gua ni masih lagi ada sedikit kekampungan. sebab tu gua ada terasa gua ni macam asal dari kampung. bila gua balik kampung secara automatik gua akan bertukar pilihan bahasa gua jadi bahasa nogori. hehe. macam mano tu. bilo bocakap tontang nogori. apo yang sey suko adolah bab-bab adat ni. sobab eh adat nogori memang unik dan borsoni. biar mati anak,jangan mati adat. errr. haha. gua tak boleh nak berlagak jadi orang bandar. dalam fesbuk boleh la kot tipu sikit sikit.haha. tapi cuba jumpa depan-depan. kadang gua ni macam budak kampung jugak. tak lah berapa ke kuala lumpur an' sangat. haha. sekian merepek ni. apa-apapun gua ni Biase Je.
Tuesday, 4 October 2011
kenapa dengan kau makhluk?
kenapa menipu aku? kenapa kau ada perasaan begini? kenapa bibirmu begitu manis umpama menanam tebu di tepi bibir? aku tidak menyangka sifatmu begitu sekali. kau memang tidak punyai hati dan perasaan. kau tidak ada akal. kau tidak waras sehingga menghukum aku sebegini rupa. apa dosaku sehingga aku diperlakukan sebegini. bukan ini yang aku pinta. Tuhan tolong sedarkan aku. aku mahu mencari sebuah kehidupan yang abadi. aku tidak mahu hidup didalam kepura-puraan. cukuplah.pada yang satu. hanya pada-Mu.
p/s: kau tertekan ke sampai delete?
Sunday, 2 October 2011
salam
Dah berhari tak menyinggah di sini. pada stalker-stalker sekalian diharap entri baru ni peneman rindu anda. kah3. macam la ade fan pulak. semenjak dua menjak bercuti semester ni aku boleh dikatakan ade sahaja program. malam tadi aku pergi melaka international motorsport circuit ( MIMC ). jiran baik aku hantar jenteranya berlumba disana. memang hebat. walaupun modified dengan tangan sendiri, jiran aku tu boleh bersaing dengan jentera-jentera hebat dari pasukan yang ada sponsor. sampai separuh akhir la katakan. tak pa. minggu depan kita test dekat putrajaya pulak. hehe. mesti menanglah. okay. cuti sem ni aku tak tahu nak kerja apa lagi. dah la job jadi propman untuk filem mig aku lepaskan. tak de rezeki kot. tak pe lah. aku rindu orang-orang tersayang aku. hmm macam kering idea pulak :) bye.
p/s: dia semakin bahagia. alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


