"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Sunday, 9 October 2011

asal dari kampung

salam melayu. haha. gua bukan asal dari kampung. mak bapak gua yang asal dari kampung. gua lahir kat hospital daerah batu gajah. Perak yob. haha. tetiba jer gua paling pelik. sebab apa. sebab gua sorg jer yang lahir kat perak. 5orang adik beradik gua yang lain semua lahir kat n.sembilan. gua jer dikategorikan kes-kes khas sebab bapak gua tak sempat bawak mak gua balik n.sembilan. masa tu bapak gua komando laut kat kem TLDM Lumut. kini gua dah membesar. tapi tak lah besar sangat. patut-patut umur gua yang dah masuk 20'an ni saiz seluar mestilah 30 ke atas kan. tapi masih lagi maintain 29 beb. gua tak la makan just meet rozmey tu. haha. tapi memang gua slim and small. hahaha. tapi hati gua ni masih lagi ada sedikit kekampungan. sebab tu gua ada terasa gua ni macam asal dari kampung. bila gua balik kampung secara automatik gua akan bertukar pilihan bahasa gua jadi bahasa nogori. hehe. macam mano tu. bilo bocakap tontang nogori. apo yang sey suko adolah bab-bab adat ni. sobab eh adat nogori memang unik dan borsoni. biar mati anak,jangan mati adat. errr. haha. gua tak boleh nak berlagak jadi orang bandar. dalam fesbuk boleh la kot tipu sikit sikit.haha. tapi cuba jumpa depan-depan. kadang gua ni macam budak kampung jugak. tak lah berapa ke kuala lumpur an' sangat. haha. sekian merepek ni. apa-apapun gua ni Biase Je.

No comments:

Post a Comment