"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Friday, 23 September 2011

h.a.p.p.y

aku gembira kawan-kawanku sudah mencapai tahap kebahagiaan hakiki. masing-masing tersenyum riang dan di wall facebook ada sahaja status-status yang meriangkan. mungkin sebelum ini dikau terpesong kerana berkawan dengan orang yang tidak mampu memberi kepuasan dan kenikmatan hidup. atau mungkin juga dikau menggunakan kesempatan itu sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain dan apabila kau merasa puas dan bosan maka dikau cuba pula mencari kepuasan hakiki yang tidak pasti adakah itu yang sebenarnya tuhan mahu berikan walaupun sudah berkali-kali atau tuhan sahaja mahu menduga dikau wahai manusia, aku senang dengan kejadian di dunia ini. walhal aku juga sendiri tidak puas hati dengan kitaran hidup ini. tapi aku sedar akan sebab yang berlaku kerana kesudahannya kita semua pasti berjumpa di satu padang yang paling hebat dimana kita semua akan membawa apa yang telah kita lakukan semasa hidup. persoalan yang bermain diminda acapkali membutuhkan fikiran aku. banyak soalan dan tanda tanya yang aku sendiri tidak mampu selesaikan dan tafsirkan. aku banyak membuatkan kesilapan. tetapi apabila aku cuba untuk membetulkkan kesilapan lalu, ada sahaja yang menggagalkannya. aku akan cuba memperbaiki diri walaupun memang cukup sukar. mulut manusia tidak pernah lekang dari berkata-kata.aku akan memaafkan mereka. amin.

No comments:

Post a Comment