"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Friday, 23 September 2011

TANDA TANYA

Ada orang bertudung tetapi lalai.Ada orang bertudung tetapi tidak menjaga adab dan percakapan. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang mudah sahaja menyentuh dan disentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Apabila wanita bertudung melakukan kesalahan, itu bukanlah satu alasan untuk kita menilai mereka dengan nilaian negatif...wanita bertudung itu juga MANUSIA...mereka tidak akan lepas dari melakukan silap dan salah..sebagai contoh, terdapat seorang wanita yang gemar mengumpat...nah, itu kekurangannya! tapi kelebihannya, dia memakai tudung! terdapat pula seorang yang sangat menjaga pertuturannya...lihat, itu lebihnya dia...tapi kurangnya dia kerana tidak bertudung...masing2 ada cacat dan ada cantiknya...Jangan pula bila orang bertudung menilai wanita tak bertudung dengan nilaian yang negatif juga...kerana di sebalik kekurangannya terdapat seribu kelebihan yang kita tidak miliki...mungkin juga satu masa nanti Allah kurniakan hidayah kepadanya...jadi, jgn asyik menilai orang...ayuh nilai hubungan kita dgn Allah...adakah telah memenuhi ciri2 hamba yang taat akan perintahNya..Janganlah kita mudah melatah dan melulu.. Aku sentiasa mahu positif :) Amin,

1 comment: