aku akan bangun semula. setelah beberapa hari tersungkur. sudah 3hari tidak menjenguk blog ni. bukan sengaja, tetapi yang di-Atas sana mahu aku buat sesuatu dari jadi mayat hidup. Dia telah beri aku satu pengalaman baru yang selama ini aku impikan. Aku telah pergi mengikuti penggambaran filem terbaru kru studios yang diarahkan oleh Edry Abd Halim. Tajuk filem ini ialah '29 Februari'. malam sebelumnya aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan mengatakan mahu menggantikan tempat dia sebagai clapper. mesej nya cuma mengatakan shot film under kru studios. so aku beranikan diri sahaja pergi. Pagi2 subuh lagi aku sudah pergi ke pusat penyelidikan getah di sungai buloh. alangkah terperanjatnya aku bila melihat set disana. rupa-rupanya penggambaran filem. gilaaa. aku gabra. yelah tak pernah lagi kot join shooting serius macam ni. banyak jugak rokok aku habiskan disana sebab banyak nyamuk. haha. so its was great experience! aku dapat lihat bagaimana penggambaran filem sebenar. memang cukup memenatkan. walaupun sebagai clapper. aku terpaksa berlari ke dop dan juga assistant director untuk mendapatkan maklumat scene dan juga shot yang akan di roll. aku mengambil kesempatan dengan melihat semua kerja-kerja si setiap department. semuanya amat mengujakan aku. pertama kali melihat lighting Arri 60. besar nak mampus beb. aku dapat belajar dari brader2 gaffer yang mengajar aku bagaimana untuk menggunakan lighting dengan betul. selama ini aku cuma didedahkan dengan basic. kini aku tahu bagaimana caranya. mereka gunakan cutter yang banyak. then kamera yang mereka gunakan REDCAM. perggh! first time tengok depan mata. aku dapat lihat bagaimana mereka gunakan nd filter. memang mengancam! hasilnya cukup2 superb!.selepas di kebun getah aku bergerak ke base dimana shot blue screen akan dibuat. memang kreatif kru ni. selepas habis makan then terus bergerak ke pj. scene rumah. disanalah aku dapat belajar teknik lighting yang amat berguna untuk aku.habis penggmabaran kira-kira pukul 11.30malam. seharian di set. aku pecut kereta aku ngam-ngam sampai kolej pukul 12 tgh malam. tidur dan ready untuk esok!. cis! aku bangun lewat. call time pukul 9.00 di methodist girl school kl. aku mandi cepat2 then pecut lagi kereta aku. mujur hari ahad. jalan federal tak jem. hasilnya. 20minit aku sampai kl. power tak! haha. nasib baik aku tahu jalan kesana. ada sign board kru studios. sampai2 semua sudah ready. nasib baik aku sempat. then start camera speed!, scene 32g shot 1 take 1!, rolling!, action! sampai ke malam juga aku di set sana. cukup memenatkan. artis yang ada di sana ialah remy ishak yang sombong.tapi nasib baik dia bawak awek dia yang cute tu. 'tiz zakiah' hehe. cun giler! then mr chua. cina yang pandai cakap kedah tu.dan beberapa lagi. thanx krew2 kru studios yang banyak maki aku. tapi makian yang berguna untuk pengajaran aku. :)
p/s: aku akan cuba positif even im still miss you :(

No comments:
Post a Comment