"Seorang sahaja cukup untuk memenuhi ruang kehidupan aku"

Tuesday, 13 December 2011

dah lama dah

dah lama dah tak singgah disini. semenjak aku dah jadi sebahagian warga MIG aku semakin sibuk dengan kerja aku dan lebih-lebih lagi pengajian aku di uitm dah bermula hampir 3minggu. ini membuatkan aku lebih sibuk sehingga tidak ada masa untuk besuka ria. Alhamdullilah. aku bersyukur pada tuhan kerana melimpahkan rezeki pada aku. sekarang aku berjaya mara setapak kehadapan lagi di dalam industri yang aku impikan. aku sudah bekerja dengan MIG sebagai cameraman the making of. Antara filem yang telah aku buat ialah filem Aji Noh Motor arahan Ajiboy seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan sangat cool di set dan juga di luar set. Filem kedua pula filem Laki-Laki arahan abg Olynn khadri. Sekarang aku tengah menyiapkan pula filem ketiga yang masih lagi dalam penggambaran iaitu filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab. Bekerja dengan orang-orang berpengalaman sangat membantu aku dan banyak ilmu yang telah aku pelajari. aku harap impian aku menjadi seorang director of photography tercapai. Amin,

1 comment: