Aku biasa seperti orang lain. Tetapi hari ini aku lebih rajin dan luar biasa dari orang lain di kampus ini. Orang lain sibuk dengan test dan assingment, aku boleh lagi sempat untuk menekan papan kekunci di ptar. Memang luar dari jangkaan aku atau matlamat sebenar aku untuk masuk ke ptar hari ini. Semalam pun aku ke sini tetapi hanya sebentar bersama si-Dia. Atas tanggungjawab sebagai ahli kumpulan aku terpaksa meninggalkan dia seorang di ptar ( walaupun dengan hati yang amat berat ) dan memecut laju dengan kereta sport rim japan merah aku ke studio bapak aku di kelana jaya. celaka! Mungkin hari ini aku agak stress kerana orang tersayang aku tiada di sini. Sebelum meneruskan kata-kata yang kurang ilmiah ini, aku ingin menjelaskan ini adalah blog terbaru aku. Jeles aku tengok blog aweks aku. Aku pun terpanggil untuk kembali dalam persatuan kaki blog ni. Walaupun sebelum ni just social blogwalking. Blog lama aku sudah lama tersadai dan mereput dan tak mungkin aku dapat membaikinya semula. kah3. Sekian. aku dah dapat feel nak sambung assignment ETR300. adios.

seorang yg caringf jugak awak ni kann. x sangka. :)
ReplyDelete