sekali lagi jiwa aku ditikam,
bagai dipanah si penembak curi,
diriku ibarat sampah,
mudah dibuang begitu sahaja,
aku umpama si pengemis,
mengharap belas kasihan,
tapi...
diriku tidak lagi bermakna,
malang selalu menyebelahi aku,
aku tidak mampu berkata apa lagi,
mungkin ini satu lagi pengajaran bagiku.
sabar dan maafkan sahaja,
itu yang mampuku lakukan.
aku insan lemah,
mudah ditindas.
tapi aku tak mengalah.aku masih mengharap keajaiban.

No comments:
Post a Comment